Kami berbangga kerana diiktiraf sebagai Broker Forex Islamik Terbaik Asia 2025. Anugerah BRM menonjolkan komitmen berterusan kami dalam mencipta terma perdagangan yang menghormati nilai-nilai pegangan pelanggan sambil memastikan piawaian tertinggi untuk keselamatan, keadilan, dan kebertanggungjawaban.
Di FBS, kami menerapkan nilai-nilai ini dengan menawarkan perkhidmatan yang direka agar selari dengan prinsip kewangan Islam:
Akaun Bebas Swap — berdagang tanpa faedah semalaman.
Perlindungan baki negatif — baki akaun tidak akan jatuh kurang daripada sifar.
Akaun tersegregasi — dana pelanggan disimpan dengan selamat di bank-bank terkemuka, berasingan daripada aset syarikat.
Tetapi peranan kami lebih daripada sekadar perdagangan. Sebagai broker yang serius dalam menjalankan tanggungjawab sosialnya, FBS menyokong komuniti yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif CSR berkala, termasuk projek khas semasa Ramadan. Daripada menyediakan bantuan makanan sehinggalah kepada membiayai pendidikan, FBS berdedikasi memberikan impak positif pada aspek-aspek yang paling penting.

"Anugerah ini bukan sahaja satu pengiktirafan terhadap terma perdagangan kami yang mantap tetapi juga terhadap misi kami," kata jurucakap FBS. "Kami percaya dengan perdagangan yang bertanggungjawab, melindungi pelanggan kami, dan memberi kembali kepada masyarakat. Bersama para trader kami, kami sedang membina masa hadapan di mana pertumbuhan kewangan dan perubahan positif berjalan dengan seiring.”
Kami mengucapkan terima kasih kepada komuniti trader dan partner global kami atas kepercayaan dan kesetiaan anda. Dengan setiap pencapaian, kami mengukuhkan visi kami untuk menyediakan peluang perdagangan yang selamat, beretika dan mengutamakan pelanggan di seluruh dunia.
Berdaganglah dengan broker yang memenangi anugerah. Sertai FBS hari ini.